Hikmah Qurban

Assalamualaikum

Zulhijjah telah menghampiri. Cukupkah simpanan kita untuk menunaikan ibadah yang telah diperintahkan? Ibadah mulia iaitu ibadah qurban.

Hari ni nak berkongsi perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus AlHafiz di Surau AlMawaddah, Seksyen 7. Mungkin ada yang kata, kisah qurban kisah biasa. Walaupun biasa adakalanya kita lalai leka dan terlupa. Jadi ini merupakan sedikit perkongsian dari Ustaz.

Hikmah puasa.

1. Memberi makan kepada fakir miskin - memberi peluang kepada fakir miskin yang tidak berkeupayaan untuk memakan daging peluang makan daging
2. Memberi hadiah kepada jiran tetangga -dengan ini menggembirakan jiran tetangga. Bila hati jiran gembira, hubungan sesama jiran semakin mesra. Insha Allah. Dan seterusnya melahirkan suasana tetangan/ kejiranan yang harmoni.
3. Faedah memakan daging utk diri sendiri - terutamanya bagi yang ada kemampuan sekadarnya. Jadi, disamping menunaikan tuntutan ibadah, diri sendiri juga dapat faedah dari ibadah qurban ini
4. Mengimarahkan syiar Islam - menunjukkan kepada orang ramai bahawa tuntutan ibadah yang diseru Allah itu

Hukum berqurban.
Wajib jika berkemampuan.

Mampukah kita?
Nilaikan diri kita sendiri. Mampukah kita membeli handphone/ smartphone? Mampukah kita melancung atau bercuti? Mungkin ada yang jawab ... "terpaksa menyimpan utk beli handphone dan melancung." Jadi .... tak bolehkah kita menyimpan, menabung utk ibadah yang Allah tetapkan.

Tahap kemampuan.
Setelah keluarkan qurban masih ada wang yang mencukupi untuk keperluan 3 hari yang akan datang.

Sabda Rasulallah SAW dalam hadis sohih:
Siapa yg mampu berkorban tetapi tidak berkorban maka jangan dekati kumpulan kami (yakni kumpulan orang yang soleh).

Bolehkah diwakilkan orang untuk membuat sembelihan.
Boleh. Dengan alasan Nabi SAW menyembelih berpuluh-puluh ekor kambing bagi pihak umatnya.

Orang yang berhutang adakah disyariatkan berqurban?
Jika setelah segala bayaran ansuran dilangsaikan dan ada lebihan maka orang seperti ini dianggap berkemampuan untuk berqurban.

Diharamkan penyembelih atau orang yang berkorban menggugurkan/ memotong sebarang rambut/ memotong kuku dari badan bermula dari 1 Zulhijjah sehingga haiwan qurban disembelih.

Daging qurban itu ada 3 bahagian haknya:
1. Fakir miskin
2. Jiran
3. Diri sendiri
Tetapi tidak semestinya setiap bahagian itu dibahagi sama banyak. Contoh: daging qurban adalah 30kg. Tidak semestinya setiap bahagian hak diberikan 10kg.

Wallahua'lam.




Comments