Allah hampir dengan hambaNya

Assalamualaikum.

Setiap kali berjumpa ayat ini, atau apabila ayat ini dibacakan, hati ini meruntun hiba. Allah telah membuat jaminan....jaminan kasih sayang. Orang yang berkasih sayang pasti hampir dengan kekasihnya. Dan dalam ayat ini Allah telah membuat jaminan bahawa Allah hampir dengan hambaNya. Dan Allah membuat tawaran yang istimewa kepada hambaNya .... berdoalah kerana Allah mengabulkan doa hambaNya. Begitu pemurah Allah terhadap hambaNya. Siapakah hambaNya yang mendapat segala kelebihan ini? Mereka yang beriman.

Semoga kita menjadi orang yang beriman. Aameen.

(وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ)
[Surat Al-Baqarah 186] via @QuranAndroid

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Jom hayati dan berusaha ke arah kebaikan ini.

Wassalam.

Comments