Kekasihku Ya Rasulallah

Assalam...

Ini perkongsian dari kuliah Maghrib pada malam ini.

Menghayati Nabi Muhammad SAW
1. Kenal
2. Percaya
3. Ikut
4. Sebut
5. Pertahankan

Kenal peribadi Nabi. Salasilah keluarga Nabi. Akhlak Nabi. Perjuangan Nabi. Dan segala yang berkaitan Nabi.

Percaya walaupun kita rasa tidak logik. Percaya pada Allah dan Rasul tidak boleh mengikut logik aqal. Ianya maknawi.

Ikut segala arahan Allah dan Nabi kerana setiap arahan ada alasannya. Hanya kita yang jahil tidak dapat menggapai arahan tersebut.

Sebut. Berselawat pada Nabi setiap kali nama Nabi disebut. Antara doa Jibril yang diaminkan oleh Nabi iaitu:
I. Jika hidup bersama ibubapa tetapi tidak menunaikan tanggungjawab terhadp mereka.
ii. Berjumpa Ramadhan tetapi keluar darinya tanpa mendapat keampunan dari Allah
iii. Apabila disebutkan nama Rasullallah dan beliau tidak berselawat kepadanya.

Pertahankan. Para sahabat mempertahankan Nabi secara fizikal. Zaman sekarang kita pertahankan dengan mengamalkan sunnah. Untuk pertahankan sunnah, kita perlu tahu dan kenal sunnah.

Mari kita berusaha memperbaiki diri dan beramal dengan ilmu yang sedikit ini.

Wallahu a'lam.

Comments