Pesanan Dato Mufti Wilayah

Assalamualaikum.

Di pagi 20hb Disember ini sebagai penghujung tahun 2015 ini, sekali lagi kami berpeluang untuk menghirup ilmu dari alFadhil Sohibus Samahah Ust Dr Zulkifli akBakri.

Ceramahnya bersahaja. Nadanya tiada berirama tetapi setiap patah katanya adalah ilmu yng berjaya menyekang mata dari lena. Yang menggetarkan gegendang telinga. Yang melantun jiwa keinsafan.

AlFadhil memulakan dengan nasihat ringkas bagaimana untuk memulakan hari yang diberkati.

Mulakan hari dengan 3'S'
1. Solat subuh
2. Selawat
3. Sedeqah

3 amalan ini amat ringkas dan mudah tetapi amat besar natijahnya. Dengan 3 amalan ini kita dapat membuat kebaikan pada diri dan juga memanjangkan kebaikan kepada orang lain.

Seterusnya, topik utama perbincangan adalah memgenai sistem pendidikan. Yng merupakan perkara pokok dan tonggak ketamadunnan. Berkaitan dengan pendidikan dan ilmu. Perbincangan mengenai sistem pendidikan baru dan lama.

Sistem lama - fokus kepada hafazan
Sistem baharu - fokus kepada pemahaman

Didapati sistem baharu terdapat banyak kelemahan kerana meninggalkan sistem hafazan.

Sudut ilmu dalam Islam bersumberkan:
1. Quran
2. Hadis
3. Ijma
4. Qias

Ilmu bukan sekadar banyaknya menghafal tetapi orang berilmu adalah apabila dia merasa takutkan Allah. Itulah taqwa.

Komponen ilmu:
1. Ilmu wasilah - matlamat. Perlu bermula dgn pengetahuan Bahasa Arab

2. Ilmu yang bermanafaat dan tidak bermanafaat - ilmu yg dapat memberi kebaikan kepada orang lain

Amalkan doa pagi yang Rasuluallah anjurkan:

Allahumma inni as aluka ilman nafi'an wa rizqan thaiyyiban wa amalan mutaqabbala.

Apakah tandanya binasanya manusia?
Iaitu apabila meninggalnya ulamak. Terutamanya jika tiada pelapis yang telah mendalami ilmu tersebut.
Itu tandanya runtuhnya ilmu.

Syarat berilmu yg utama Semangat yang tinggi - betul2 rasa nak belajar

Syarat dapat ilmu (menurut Imam Syafie)  ialah panjang usianya dlm menuntut ilmu. Menunjukkan mengambil masa yang lama utk menguasai ilmu.

Berilmu mesti disusuli dengan amal.

Comments