Saturday, May 30, 2015

Perkongsian subuh bersama Imam Muda Hafiz

Assalamualaikum,

Pagi ni dapat ilmu yg disampaikan oleh Imam Muda Hafiz. IM Hafiz kongsikan hadis Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Abu said al-Khudri (Abu Said al-khudri, salah seorg sahabat yang banyak meriwayatkan hadis).

Berkaitan hadis yg diriwayatkan oleh beliau:
Satu ketika Nabi SAW masuk ke dalam tempat solat baginda. Nabi melihat beberapa orang sahabat sedang bercerita perkara kebaikan. Lalu nabi berkata, "Wahai para sahabatku alangkah baiknya jika kamu memikirkan benda yg memutuskan dari kesedapan dunia dari memikirkan kegembiraan ini. 

Wahai sahabat jika kamu nampak apa yang aku nampak nescaya kamu lebih byk menangis dari ketawa.Kata kubur kepada ahlinya: 
"Aku ini merupakan rumah yg terasing, rumah yg terpinggir, tempat yg sunyi, aku rumah dari tanah yg diisi dalamnya serangga ataupun ulat. Apabila hendak ditanam seorang mukmin, kubur akan berkata selamat datang wahai ahli kubur jika yang mati tersebut adalah org yg bertaqwa. SekirĂ nya kamu org yg bertaqwa akan dimasukkan beliau ke dalam liang yg dilapangkan seluas mata yang memandang dan dijadikan taman antara taman2 syurga. Kalau yg mati itu adalah orang kafir atau orang musyrik maka kamu tidak dijemput dan akan diperlakukan ke atas kamu seperit mana yang sesuai dengan amalan kamu. Akan datang 2 malaikat yang menyoal dan jika tidak menjawab maka dia akan dipukul dengan tukul sehingga ahli kubur itu menjerit sehingga suara itu didengar oleh semua makhluk didunia dan langit kecuali manusia."

Kata-kata Imam Ahmad:
Barangsiapa yang ambil dunia sebagai rumahnya maka tiada kediaman pada hari akhirat. Siapa yang ambil akhirat sebagai rumahnya maka dia memperolehi kediaman dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment