Assalamualaikum,
'Sekejap', 'Kejap', 'Jap lagi', 'Sat' ..... semuanya membawa maksud yang sama. Dari sudut negatifnya, ia bermaksud bertangguh dan menangguhkan. Ada banyak akibat dari bertangguh ini, ada yang membawa kebaikan tanpa disedari, ada yang mengakibatkan kerugian yang menyesalkan.
Contoh kebaikan dari bertangguh ...."Dia sepatutnya menaiki bas yang terlibat dalam kemalangan tu, tetapi kerana dia bertangguh-tangguh hendak keluar dari rumah, maka dia tertinggal bas. Syukurlah... kalau tak, pasti dah jadi arwah sekarang."
Ini satu contoh bertangguh yang membawa kebaikan, tetapi ini sebenarnya takdir yang telah Allah tetapkan.
Contoh keburukan dari bertangguh ....."Dia sepatutnya telah disediakan tempat duduk di depan, tetapi disebabkan dia bertangguh untuk keluar dari rumah tadi, tempat depan telah dipenuhkan. Untungnya orang di barisana hadapan, semuanya mendapat hadiah mengerjakan umrah untuk sekeluarga."
Ini pula contoh bertangguh yang membawa kerugian. Pun begitu ... kerugian ini tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan kerugian dari segi umur yang tiada. Kenapa pula umur yang tiada???
Bayangkan .... azan berkumandang, kita masih terus mengetuk papan kekunci menyiapkan kerja pejabat atau bersilat di dapur. Tiba-tiba sebelum sempat melangkah menunaikan solat, kita rebah dijemput Izrail.... tidakkah ini satu kerugian?? Apakah jawapan kita di hadapan Allah kerana telah berhutang waktu solat. Ini lah kerugian yang amat besar akibat dari datu perkataan ---'sekejap'.
Jom semua, kita buang perkataan 'sekejap' jauh-jauh dari kamus kita, jom bersegera kita tunaikan solat sebaik ia dilaungkan. Jom!!!
Ya Allah... Ampunilah hambaMu ini, kerana akulah hambaMu yang punyai banyak 'sekejap' dalam hidupnya. 'Sekejap' itu telah melalaikan aku. Ampunilah hambaMu ini, Ya Allah. Ya Allah. Ameen.
Semoga hari ini lebih baik dari iman dan taqwa kita. Ameen.
Wassalam.

Comments
Post a Comment