Wednesday, May 20, 2015

20 Mei 2012

Assalamualaikum

2012, pada tanggal ini, kekal dalam ingatanku.
Detik cemas dan pilu.
"Setiap yang hidup yang hidup pasti akan merasai mati"
Pada tanggal ini, bapak meninggalkan dunia yang fana' ini.
Di mata kami, bapak kami setelah menyempurnakan amanah Allah. Amanah membesarkan anak-anak.
Alhamdulillah.
Dengan penat lelah dan keringat bapak, kami semua berjaya.
Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah.
Dan paling terharu, sempat juga menyaksikan aku menggenggam ijazah tertinggi.
Memang itulah harapan bapak padaku.


Setelah 3 tahun, mak tetap kesunyian.
Sayu hati ini melihat kemurungan mak,
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan untuk mak dalam meneruskan kehidupan tanpa bapak disisi.
Ya Allah, Kau lapangkanlah kubur bapak. Jadikanlah ia seperti taman-taman syurgaMu.
Wahai ahli kubur.... kami jua akan ke sana.

Sesiapa yang membaca , tolong doakan bapak ye.

Wassalam.



No comments:

Post a Comment