Assalamualaikum.
Semalam aku disampaikan dengan 2 kematian, dan hari ni satu lagi berita kematian hinggap ke telingaku. Kesemuanya dari kalangan yang ku kenali. Apakah petunjuk dari Nya, tapi kita masih lagi leka. Dibuai mimpi dunia.
Hari Selasa, lebihkurang jam hampir 10 malam, mesej di Whatsapp rakan sepejabat memaklumkan Kak Rohayati, isteri rakan setugas telah mengadap Rabbnya. Pergi ketika kapal terbang baru saja mencecah bumi yang membawanya pulang dari Guanzhou untuk rawatan kansernya. Kita berusaha, tetapi apabila telah tiba detiknya, tidak dilengahkan walau sesaat pun. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Hari Rabu. Pagi. Ketika aku sudah siap dan sedang menunggu K.Ros, jiran dan rakan sepejabat untuk ke masjid, bagi menjalankan menyempurnakan sumbangan terkahir kami buat arwah, aku membelk-belk telefon bimbitku. Meninjau kumpulan Telegram kawan-kawan seangkatan di Kolej. kawan-kawn yang sama-sama berjerih payah mengaut ilmu di bumi wakafan itu. Telah agak lama aku tidak berziarah disitu. Aku terkejut dengan makluman, bahawa seorang rakan seperjuangan kami di Kolej dulu telah mendahului kami pada malam Rabu itu juga. Perginya mengadap Rabbnya seusai mendirikan solat Isyak, ketika sedang berbual-bual dengan keluarga, hayatnya direnggut Malaikat Izrail yang datang memanggil. Perginya dia dimaklumkan kerana komplikasi kencing manis dan penyakit lelahnya. Allahu a'lam. Allah lebih Mengetahui. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Dan hari ini, seawal 10 pagi, sekali lagi berita kematian sayu tiba, melalui sebuah lagi kumpulan rakan sekolah (81-83), aku dimaklumkan pemergian seorang senior yang tamat pertarungannya melawan penyakit kanser usus yang dihidapainya. Innalillahi wainna ilaiji rajiun.
Allahumaghfirlaha warhamha waafihi wa'fuanha
Ini saja yang mampu aku sampaikan. Semoga Allah merahmati insan-insan ini. Semoga Allah merahmati kita semua kerana masuknya kita ke syurgaNya hanyalah kerana rahmatNya bukan kerana kita.
50+, 47, 47 begitulah umur kehidupan dunia mereka. Bilakah kita? Peringatan demi peringatan telah tiba. Telah bersediakan kita? Jika diperhatikan pada angka-angka itu, seolah keluar peluh dingin. Andai disoal mungkar dan nangkir, punyakah aku jawapannya? Kiraman dan Katimin telah mencatat. Amalan baikkah atau amalan jahatkah yang menjadi pemberat? Ya Allah! Ampunilah kami. Ampunilah kedua ibu bapa kami. Ampunilah pasangan kami. Ampunilah anak-anak kami. Ampunilah sanak saudara dan jiran tetangga kami. Ampunilah kami. Tetapkanlah kami berada di jalanMu. Jalan orang-orang yang Engkau redhai. Ameen Ya Allah. Ameen.
Wassalam.

Comments
Post a Comment