Sunday, December 7, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Waalaikum salam.

Ringkas ... tapi peringatan yang baik. Perkara yang sering kità abaikan. Inilah antara intipati kuliah subuh pagi ini.

Memberi makan itu memang disebut-sebut, baik melalui kalam Allah (alQuran) mahupun lisan Nabi Muhammad SAW.

Seterusnya memberi salam. Sangat ringkas. Tidak susah untuk dilakukan.

Kepada siapa nak beri salam??? Kepada sesiapa saja dari kalangan muslim.

Tak kenal pun bagi salam ke??? Ya, biarpun kita tidak mengenalinya asalkan tidak menimbulkan fitnah. Maksudnya tidak sesuai seorang lelaki muda memberi salam kepada seorang perempuan muda yang tidak dikenali tanpa sebarang keperluan. Dan tidak memulakan salam kepada ahli kitab.

Bila nak beri salam??? Apabila bertemu, mahupun berselisih di jalanan.

Dan kalau diberi salam, maka adalah tanggungjawab seorang muslim untuk memjawab salam.

Kalau yang memberi salam itu adalah dari kalangan bukan Islam? Jawablah sekadar "Waalaikum".

Jom bagi salam.... Assalamualaikum...

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment