Bersedekah untuk mencuci Syubhah.

Assalamualaikum,,,

Got this email from a colleague. I think it is good to share it with others:

=============================================================================
the email
Assalam,

Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan sekelian mengenai sedekah wang gaji yang ada kekhuatiran tentang halalnya oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah (@Ustaz Amin).
(Tulisannya tentang Waqaf ada dalam Berita Harian hari Isnin)

Mengikut ustaz, elok kita keluarkan wang gaji 1%-2% sebaik saja dapat gaji dan sebelum berbelanja untuk apa-apa yang lain sekiranya kita ada rasa was-was (syubhah) dengan gaji.  Was-was di sini ialah sekiranya ada datang kerja tak cukup masa yang ditetapkan, keluar rehat lebih masa, guna letrik, aircond, komputer, fotostat untuk buat kerja personal dll.

Wang sedekah tersebut boleh diberi ke masjid/surau, Baitul Mal, rumah anak yatim, rumah orang tua dll untuk digunakan membaiki kemudahan awam seperti baiki bilik air, jalan, bangunan dll.

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, tak terfikir pula untuk buat/niat  sedekah wang syubhah.

Wallahualam.

==============================================================================

There's a certain degree of truth in the suggestions and claims. We might have been doing the misdeed unintentionally. Therefore, lets purify our income and rizq. There are plenty of easy approach to do it. By just sitting in front of your computer, you can get your fund transferred to any parts of the world or even to your next door neighbour.

Astaghfirullah. Subhanallah. Allahu Akbar.

Wassalam,

Comments