Assalamualaikum ..
Hari ni nak kongsi ilmu yang didengar dari Youtube yang dikupas oleh Ust Mokhtar Senik.
Dirujuk dari buku yang ditulis oleh Ibnu Hajar Al Asqalani – Persiapan-persiapan dan
Bekalan bagi Menghadapi Hari yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Hadis Riwayat Abu Hurairah RA: Nabi bersabda,
Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah Taala
dengan naungan Arasy Allah Taala pada hari kiamat. Yang pada hari itu tidak ada
satu bayangpun melainkan bayangan Arasy Allah.
1.
Imam yang adil.
¾
Pemimpin yang adil. Pemerintah yang mentadbir
mengikut hukum Allah. Yang taat pada perintah Allah.
¾
Pemimpin pada semua peringkat. Bapa kepada anak.
Ketua jabatan.
¾
Menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang
haram.
2.
Pemuda yang menyibukkan diri kerana taat pada
Allah.
¾
Yang menginfakkan diri untuk agama
¾
Yang menghabiskan usia kerana mentaati Allah
¾
Wakafkan diri untuk Islam terutama orang muda
kerana orang muda adalah asset penting untuk agama.
¾
Dalam pelbagai aspek kebajikan untuk Islam.
¾
Kerana susah nak mencari pemuda yang menyibukkan
diri kerana mentaati Allah.
3.
Lelaki yang menyebut nama Allah dlm keadaan
bersendiri akhirnya mengalir airmatanya kerana takut kepada Allah.
¾
Takut bila mengenang kesalahan yang dilakukan
¾
Kena selalu beristighfar dan ingat dosa kita
terhadap Allah
¾
Kena bangun malam untuk memudahkan bersendiri
4.
Lelaki yang
hatinya tergantung di masjid
¾
Ahli masjid. Yang selalu ingin ke masjid.
¾
Yang mensyiarkan rumah Allah.
5.
Lelaki yang bersedeqah secara yang bersembunyi. Tangan
kiri tidak mengetahu apa yang diberi oleh tangan kanan.
¾
Memperbanyakkan sedeqah
¾
Biasakan diri bersedekah pada setiap hari
walaupun sedikit.
¾
Pahala sedeqah adalah sangat besar dan
berpanjangan.
6.
Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah
¾
Membina ukhuwwah kerana Allah
¾
Mengeratkan silaturrahim kerana Allah
7.
Lelaki yang dipanggil oleh seorang wanita cantik
untuk melakukan zina lalu dia enggan dan berkata aku takutkan Allah Tuhan
sekelian alam.
¾
Wanita adalah kiasan. Ia merangkumi tarikan
dunia (nafsu) yang boleh membawa kepada kemungkaran.
¾
Termasuklah kisah Sulatan Abdul Hamid Kedua
(zaman khalifah Othmaniah) apabila dia ditawarkan jutaan pound sterling untuk
kerajaan Islam Turki untuk memberi tanah kepada orang Yahudi untuk dijadikan kampong
halaman mereka. Sultan berkata sambil mengangkat jari telunjuknya seperti bertasyahud .... "Aku malu pada jari ini yang bersaksi bahawa tiada Tuhan lain melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah. Aku malu pada Allah
dan Rasul yang telah menghalau kaum Yahudi dari buminya tiba-tiba aku beri tanah Islam kepada Yahudi." Inilah contoh penolakan nafsu dunia kerana takutkan Allah SWT.
¾
Maksudnya menolak perkara dunia yang amat disukai
kerana takutnya kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan kita boleh menilai diri kita, di manakah diri kita berada dalam ukuran agama dan memperbaiki diri ke arah kebaikan.
* Lelaki di sini merangkumi muslimin dan muslimat ....
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment