Assalamualaikum
Hari ni nak kongsi benda basi. Tapi ianya cukup manis untuk diingati.
Karnival Sedekad Surau Platinum Al-Mawaddah
Selaras dengan nama surau yang bermakna kasih sayang, tema Karnival juga membawa kepada tema kasih sayang dan kekeluargaan.
Kasih sayang merangkumi semua aspek, sayang Allah, sayang Rasul, sayang keluarga, sayang sesama jiran tetangga.
Antara barisan ustaz dan aktiviti yang disediakan untuk karnival ini. |
Secara relatifnya (berbanding jumlah penduduk di kawasan perumahan ini), bilangan yang menghadirkan diri untuk memeriahkan sesi majlis ilmu ini adalah amat mengecewakan. Tetapi program tersebut masih dianggap berjaya, kerana walaupun bilangannya kecil secara relatif, tetapi bilangannya adalah cukup besar bagi sebuah acara yang tidak disulami hiburan.
Penglibatan ahli kariah, jalinan ukhuwwah amat terasa eratnya. Inilah antara perkara penting yang menjamin keharmonian suasana tempat tinggal bilamana rumah Allah dijadikan pusat aktiviti. Penglibatan remaja juga memberangsangkan. Doa kami adalah supaya dengan aktiviti-aktivit remaja yang disediakan akan mendekatkan remaja dengan rumah Allah dan menjadikan mereka kelak anatara golongan yang diberi naungan di Padang Mahsyar. Iaitu menjadi golongan syabab (pemuda) yang hatinya tergantung (sentiasa mengingati) di masjid. Insha Allah. Ameen.
Semoga Allah memberkati usaha ini dan menjadikan kawasan perumahan tempat tinggal kami ini sebagai kawasan yang barakah yang sentiasa dilimpati rahmatNya. Ameen.
Jiran sepakat membawa berkat. (pinjam tagline....hihi)
Wassalam.
Comments
Post a Comment