Anggota paling bahaya

Perkongsian oleh Ust Zuhdi Mat Piah dari Rawang.

Pesan nabi pada sahabat agar menjaga anggota badan yang satu ini. Anggota apakah yang dimaksudkan oleh Rasulallah? Itulah LIDAH.

Maka jagalah lidah supaya ia tidak membawa kemudharatan di hadapan Allah SWT. Oleh itu jika ingin berbicara, sentiasalah berfikir sebelum diucapkan. Fikirkan samada perkara yang hendak dicakapkan itu akan membawa untung akhirat atau tidak.

Dalam hadis berikutnya oleh ibn masud. Nabi bersabda:
"Tidaklah dinamakan seorang itu mukmin jika ia mencemarkan nama orang lain. Juga, orang yang melaknat orang lain. Serta dia menggunakan anggotanya untuk membuat perkara yang tidak elok. Juga orang yang kotor mulutnya."

Yang kotor mulutnya adalah yang biasa menyebut perkara2 yang tidak baik.

Orang yang cerdik adalah orang yang takut kepada fitnah dunia. Dan sentiasa memikirkan jika apa yang dilakukan itu adalah untuk akhirat. Orang yang cerdik faham bahawa dunia ini adalah sementara sahaja sepanjang perjalanan menuju akhirat. Justeru, sepanjang perjalanan tersebut kutiplah segala kebaikan dan kebajikan untuk memperoleh untung akhirat.

Wallahua'lam. Mudah-mudahan cebisan ilmu ini mampu mengingatkan kita untuk menjaga lidah kita agar setiap ucapan kita sebolehnya menghampirkan kita dengan syurga Allah. Insha Allah. Ameen.

Comments