Sunday, August 4, 2013

Wasiat Allah tentang Ibu bapa

Salam Alaykum,

Sambil mentadabbur terjumpa ayat ini. Terharu. Terharu mengenangkan mak yang keseorangan di kampung. Terharu mengenangkan mak yang telah bersusah payah membesar dan mendidik kita sehingga kini berada di puncak jaya. Apakah peranan kita pada mak di saat kita telah berjaya? Moga sepotong doa buat mak, buat bapak akan menjadi pembantu di alam sana.


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ 
ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً
قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا 
تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
[Surat Al-Ahqaf : 15] via @QuranAndroid

Kami perintahkan kepada manusia supaya bebuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyusukannya adalah 30 bulan, sehingga apabila ia telah dewasa
dan sampai umurnya 40 tahun ia berdoa, "Wahai Rabbku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berikanlah kebaikan kepadaku dan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menamakan ayat ini sebagai wasiat Allah kepada kita tentang kedua ibubapa. Allah memerintah kita agar berbuat baik kepada kedua ibubapa. Ibu telah banyak bersusah payah untuk kita. Ini adalah ayat arahan dari Allah. Sudahkah kita patuhi arahn Allah ini. Sudahkah kita berbuat baik kepada kedua ibubapa kita, terutama ibu kita?? Allahu akbar. Mudah2an aku tidak termasuk dalama golongan hambaNya yang derhaka kepada ibubapa.

Dan jika umur telah menjagkau 40 tahun, marilah kita sama-sama berdoa dengan doa yang dianjurkan dalam surah ini seperti di atas. Semoga kita dalam pemeliharaan Allah SWT sentiasa dan dimasukkan ke dalam syurgaNya.


Wallahua'lam,

No comments:

Post a Comment