Syurga Allah

Salam alaykum.

Hari ini perkongsian Ramadhan terakhir 2013 ini. Kali ini bersama Ustaz Fairooz, pensyarah KUIS yang juga merangkap pengerusi surau.

Hadis qudsi:
Kami telah menyediakan kepada hamba2Ku sesuatu yang terlintas oleh pandangan mata, telinga.

Ayat Azzumar:
Dan orang yang bertaqwa kepada tuhannya dan mereka dibawa ke dalam syurga secara bergerombolan ke dalam syurga.

Syurga inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada Muttaqun.

Hadis nabi yg menceritakan amalan org yg masuk syurga.
1. Dari Ummu Habibah bintu abi sufyan.
Aku telah mendengar Rasulalllh bersabda, siapa yg bersalat 12 rakaat solat sunat Allah binakan mahligai di dalam syurga. Mereka adalah orang-orang yang mendirikan:
2 rakaat sebelum subuh
4 rakat sebelum zohot
2 rakaat selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isyak

Inilah solat sunat rawatib yang perlu kita amalkan secara berterusan.

2. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh abu hurairah. Nabi duduk bersama sahabat selepas solat subuh. Lalu nabi bertanya kepada para sahabat.
1. Siapakah di kalangan kamu yg berpuasa.
2. Siapakah di kalangan kamu yg sudah menziarah orgvyg sakit.
3. Siapakah di kalangan kamu yg mengiringi jenazah
4. Siapakah di kalangan kamu yang memberi makan kepada orang miskin.
Setiap jawapan tersebut disahut oleh Abu Bakar.
Umar menjadi cemburu dalam melakukan ibadah terhadap Abu Bakar. Lalu bertanya bgmn mungkin dia melakukan kesemuanya itu sedangkan waktu itu baru selesai subuh.
Dijelaskan oleh Abu Bakar, sebelum solat subuh tadi aku telah menziarah sahabat kita abdul rahman bin auf yg aku ketahui sedang sakit. Kemudia ketika sebelum masuk ke masjid tadi ada seorang fakir meminta makanan maka aku capai roti di tangan anakku Abdul Rahman bin Abu Bakar lalu diberi kepada fakir tersebut.

Rasulallah kemudiannya berkata barangsiapa yang menggabungkan ketiga2 perkara tersebut maka masuklah dia ke dalam syurga. Riwayat Abdul Rahman hanya menyebut 3 perkara yg perlu digabungkan iaitu berpuasa, ziarah orang yang sakit dan memberi makan kepada fakir miskin.

Layakkah kita dengan syurga Allah? Cukupkah amalan kita untuk melayakkan kita syurga Allah?

Ya Allah masukkanlah aku ke dalam syurgaMu dan jauhkanlah aku dari nerakaMu. Ya Allah.... Ya Allah. .... Ya Allah. ....

Wallahua'lam.

Comments