Salam alaykum.
Sharing this from Ustaz Dato Zawawi Yusuf. Another piece collected during Ramadhan. it is about ISTIQAMAH.
Istiqamah adalah berterusan berbuat baik.
Rasulallah pernah bersabda, amalan yang baik adalah amalan yang baik yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
Istiqamah didapati dalam surah al Fatihah apabila kita memohon jalan yang lurus.
Juga dalam ayat berikut:
Fastaqim kama umirtu.
Menurut pencatat sejarah, rambut nabi beruban kerana memikirkan bagaimana ingin mengamalkan ayat di atas tersebut.
Menurut ustaz, Hadis qudsi ada mengatakan:
Allah malu nak azab orang yang beruban yang buat dosa (bestnya orang tu!, Tapi AWAS!). Kerana sepatutnya orang yang dah beruban ni dia dah tak buat dosa (sepatutnya la kannnn, tapi yang dok terjadi adalah yang tak patut).
Ustaz kata lagi, Istiqamah boleh diibaratkan dengan pepatah "begin with the end" (yang dikupas oleh Stephen Covey setelah orang islam gagal untuk mengupasnya). Akhir kita ditentukan dengan bagaimana kita bermula. Oleh itu, istiqamah akan menentukan akhiran seseorang.
Macam mana tu nak beristiqamah?
1.
Istiqamah bermula dengan beriman kepada Allah.
Bersempena Ramadhan, ramai yang tidak nampak tawaran Allah ini untuk beristiqamah beribadat.
Ustaz mengingatkan, "Nak betulkan cara mati, mesti perbetulkan cara hidup" (I like this statement).
Istiqamah bermula dengan beriman kepada Allah. Beriman iaitu melihat sesuatu perkara itu dari kaca mata ibadah. Dan iman perlu diperbaharui setiap masa. Untuk perbaharui iman adalah dengan perbanyakkan ucapan "La ilaha illallah".
Kenapa kita keluar Ramadhan tapi tidak berubah? Menurut kata Prof Ust Yusuf Qardhawi, "Beribadahlah kerana Allah bukan beribadah kerana Ramadhan". Kerana kalau kita beribadah kerana Ramadhan, bila Ramadhan dah abis, kita pun berhenti beribadat. Sepatutnya beribadat kerana Allah kerna Dia yang Menciptakan kita dan Dia jua Kekal Abadi.
2.
Istiqamah juga bermaksud melaksanakan sesuatu ibadah itu dengan ilmu. Ayat quran yang pertama diturunkan adalah "Iqra'". Yang menuntut kita berilmu.
Ada 3 jenis ilmu:
Ilmu yakin - ilmu dengan fakta
Ainul yaqin - perbuatan berdasarkan ilmu
Haqqul yaqin - sebati melakukan amalan
3.
Untuk beristiqamah perlu banyak berdoa kepada Allah.
Memohon dari Allah ada 2:
i - doa yang dilagukan dan dgn ayat2 yang cantik
ii - doa yang datang dari hati.
Doa yang diterima adalah doa yang datang dari hati. Doa yang paling baik adalah doa2 dari alquran, hadis Nabi dan datangnya dari hati (bukan masak je dari hati ye! berdoa pun mesti dari hati).
4.
Untuk Istiqamah kita perlu dikelilingi kawan-kawan yang beristiqamah. Kawan-kawan yang ingin kepada ilmu.
Kelompok yang perlu ada dikeliling kita:
i - pasangan
ii - kawasan kejiranan
Jadi, carilah pasangan yang boleh membantu kita medekatkan diri pada Allah juga kejiranan yang sentiasa meruntun jiwa mengingati Allah.
5.
Untuk istiqamah, matlamat hidup mestilah jelas.
Akhir sekali, ustaz berpesan, Sempena Ramadhan yang akan berakhir, bersadaqahlah. Sadaqah itu penghalang bala'.
Semoga biar sikit catatanku ini, ia menjadi sahamku untuk akhirat nanti.
Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment