Wednesday, August 14, 2013

Checklist akhir Ramadhan

Salam eid.

Walaupun Ramadhan telah berlalu, tapi jangan biarkan tarbiih Ramadhan juga berlalu. Jika azam kita menjelang Ramadhan adalah untuk menjadi orang bertaqwa sejajar dengan ayat dalam surah al-Baqarah:183, maka kita lihat kembali apakah kita sudah berjaya memenuhi azam tersebut? Sejauh manakah kita dengan azam tersebut? Atau adakah kita sudah kembali kepada 'kita' sebelum Ramadhan.

Checklist al Mutaqqun menjelang akhir Ramadhan ini dikongsikkn oleh ustaz Fairooz sebelum akhir Ramadhan yang telah berlalu, namun tidak salah jika kita jadikan sebagai checklist untuk meninjau istiqamah kita terhadap ibadat kita.

Mari tinjau diri kita samada telah memenuhi tingkat mutaqqun:
1. Takut bimbang amalan tidak diterima Allah.
2. Qanaah, bercukupan dgn apa yang ada.
3. Beramal dgn apa yg Allah turunkan
4. Menyiapkan diri utk perjalanan jauh untuk bertemu Allah.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment