Muhasabah diri: Pernahkah kita. .....?

Salam alaykum.

Lama diri ini tidak dihidangkan santapan rohani. Kesibukan dunia tidak patut dijadikan alasan. Masa yang diberkati adalah diharapkan. Mari kita meninjau dan menyelami diri sendiri. Ini merupakan adaptasi dari kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Zuhdi dalam kuliah maghrib semalam.

Pernahkah kita merasakan bahawa duit 50 ringgit terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam tabung derma TETAPI kecil nilainya apabila dibawa ke pasaraya.

Pernahkah kita merasakan masa 30minit yang dihabiskan di dalam majlis ilmu itu terlalu lama jika dibandingkan dengan 30minit menonton TV.

Pernahkah kita merasakan tiada masa untuk membaca satu mukasurat al Quran tetapi mempunyai masa yang banyak untuk membaca novel, surat khabar, mengadap facebook dan sebagainya.

Pernahkah kita merasakan sukarnya untuk mengarang ayat2 indah untuk bermunajat kepada Allah tetapi amat mudah untuk mengarang cerita perbualan dengan kawan-kawan.

Pernahkah kita merasakan 20minit solat dan berkata-kata dengan Allah itu terlalu lama tetapi terlalu sekejap 20minit apabila berbual-bual dengan kawan-kawan.

Jika pernah terjadi kepada kita salah satu yang dinyatakan di atas, maka bermuhasabahlah. Peringatan ini benar-benar menyentak diri yang lemah dan sering alpa ini.

Ya Allah! Ampunilah hambaMu yang lalai ini. Ampunnilah hambaMu ya Allah. Aku inginkan syurga FirdausMu dan aku takutkan neraka jahanamMu.

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Wallahua'lam.

Comments