Assalamualaikum,
Jahilnya diri ini apabila dalam usia selewat ini baru mendengar nama seorang wali Allah iaitu Ibrahim al-khawas.
Beliau merupakan hamba yang Allah berikan kelebihan. Salah satunya adalah dengan menurunkan makanan kepada beliau ketika dalam perjalanan beliau bersama seorang paderi. Ini diceritakan oleh Ustaz Don Danial Don Biyajid dalam kuliah Dhuha di surau al Mawaddah pada hari ini Ahad 19hb Mei 2013.
4 kisah yang mengisahkan makanan diturunkan dari langit:-
1. Kisah Maryam
2. Kisah Nabi Musa
3. Kisah Ummu Aiman
4. Kisah Ibrahim al-Khawas
Dikisahkan Ibrahim al-Khawas diajak berjalan oleh seorang paderi. Dalam perjalanan paderi tersebut terasa lapar dan mengajak Ibrahim al-khawas makan. Ibrahim kemudian berdoa memohon makanan. Lalu Allah turunkan makanan. Dipendekkan cerita, paderi itu kemudiannya turut berdoa, lalu Allah turunkan makanan.
Ibrahim al-khawas berasa hairan. Lalu beliau bertanya kepada paderi tersebut bagaimana ini boleh terjadi. Lalu dijawab oleh paderi tersebut, "ketika dalam perjalanan ini saya telah melihat akhlak tuan dan saya amat tertarik hati lalu dalam diam saya telah beriman kepada Allah SWT".
Kebaikan Al-khawas ini telah berjaya menarik paderi tersebut ke dalam Islam.
Ibrahim al-Khawas juga terkenal dengan 'Ubat Hati' sepertimana yang dijadikan lirik oleh kumpulan Opick.
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh mencukupi
Wallahua'lam
Thanks for sharing ... really need these at this time...
ReplyDeleteKak Azzah