As Salam Alaykum
Terdengar tadi di radio, rancangan usrah di IKIM.FM bersama al-Fadhil Ustaz Zul Ramli, diakhir siaran beliau mengisahkan kisah Saidina Ali di saat akhir hayat beliau, ketika beliau berumur 63 tahun.
Dalam keadaan sakit, akibat tikaman, beliau minta didudukkan dan lalu menangis. Sahabat bertanya, "Kenapa engkau menangis wahai Ali, sedangkan engkau telah dijanjikan syurga oleh Rasulallah?". Ali lalu menjawab, "Perjalanan akhirat itu terlalu panjang, aku bimbang bekalan yang telah siapkan ini tidak mencukupi untuk melalui perjalanan akhirat yang panjang itu".
Subhanallah, insan yang telah dijanjikan syurga masih menangis ketakutan bimbang tidak cukup bekalan untuk menempuh alam akhirat, dan kita insan yang lemah ini masih bersenang-senang dengan keseronokan dunia yang pasti akan musnah ini????
Teringat kata-kata al-Fadhil Syeikh Nuruddin al Banjari, "Kita kalau mahu melalui perjalanan yang jauh di dunia ini pasti akan menyiapkan bekalann yang secukupnya mungkin dari segi bekalan makanan, pakaian atau wang. Tetapi apakah kita sudah menyiapkan bekalan untuk perjalanan akhirat yang jauh dan kekal abadi?"
Hanya kita yang punya jawapannya. Bekerja seharian, dari pagi sampai ke petang, apakah pekerjaan kita menjadi ibadah untuk dibawa ke akhirat? Bagaimana pula yang lainnya?? Apakah setiap masa itu telah kita penuhi dengan ibadah??? Ibadah bukan hanya di tikar sembahyang, ibadah ada dalam kehidupan jika dilakukan menepati syariat dan diniatkan hanya kepada Allah bukan ganjaran manusia. Mudah-mudahan kita berusaha ke arah 'Barakatillah'. AMEEN.
Wassalam.

Comments
Post a Comment