ER


Salam all,
Menyusuri ER Hospital Seberang Jaya cukup satu minggu usai pemergian bapa benar2 menyentuh hati kecilku. Ada hikmahnya aku tiada di sini di saat bapa sedang bergelut dengan sakratul mautnya pada 20hb Mei yang lalu kerana jika tidak pasti setiap kejadian akan mengimbau kembali dalam ingatanku. Pun begitu aku masih tetap dapat membayangkan keadaan itu.
Pemergian bapak kami redhai. Pun begitu rindu kami tidak terbendung. Setiap detik bersama masib dapat dimainkan kembali seperti 'reel' filem yang diputar kembali.
Baru kini aku tahu akan makna 'tabah' dan 'sabar' menghadapi dugaan kematian ini. Perit rupanya bila orang tersayang meninggalkan kita. Jika ini yang dirasa anak2, bagaimana pula ibuku, isteri yang telah 55 tahun hidup bersama mengharungi suka duka bersama. Berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Teman bual bicara di kala kesunyian. Aku berdoa kepadaMu ya Allah agar kau tabahkan hati emak yang lewat 3 tahun ini menjaga Bapak seperti anak kecilnya yang sentiasa perlukan perhatian.
Berjasa ketika ada, gembirakan mereka ketika mereka masih mampu menghargainya. Wang ringgit dan masa jangan pernah dijadikan halangan.
Semoga Allah memberkati Bapak dan meletakannya dalam kalangan hambaNya yang beriman.
*note: aku di ER kerana membawa Sabrina yg diserang asma ketika di kampung.

dr marina ismail

Comments