Resipi Ringkas Anak Soleh

Salam 16 Ramadhan,

Esok dah pun nuzul Quran. Dah berapa banyak agaknya helain al-Quran yang kita tatapi, hayati dan renungi? Bulan di mana semua orang alim berlumba melakukan ibadah, hendaknya kita masih turut sama dalam perlumbaan ini. Ada yang sinis mengatakan bahawa Lailatul qadr telah berlalu apabila melihat surau dan masjid sudah mula kosong, kita bersangka baik sajalah sesama manusia. Pasti ada keuzuran yang hanya makhluk dan Penciptanya yang mengetahui.

Pagi tadi sebelum ke pejabat, sempat juga aku mendengar rancangan kegemaran pagiku, "Tanyalah Ustaz Edisi Ramadhan" di TV9 yang dibawa secara 'live' dari Masjid Negeri di Shah Alam. Ustaz pada hari ini adalah Ust Roslan Mohammad, dari UM. Tajuk yang dibincangkan adalah "Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Didekati". Hari ini merupakan hari kedua tajuk ini dibahaskan. Semalam aku hanya sempat mendengar sebahagian saja, sebahagian lagi aku pula yang ditonton --- ala, biasa la kan, tertidur depan TV. Macam tak biasa pula. Tambah2 bulan puasa ni.

Kebanyakan soalan yang diutarakan lebih kepada anak2 dan hanya sedikit yang berfokus kepada yang perlu dikasihi, yang tua. Ada dua soalan yang menarik hati aku berkenaan anak2, yang ingin aku kongsikan kali ini. Kedua-dua soalan ini datangnya dari kaum ibu.

Soalan 1: Bagaimanakah kita boleh menjadikan anak kita sebagai anak yang soleh? (lebih kurang la bunyi soalannya, tapi maksudnya sama).

Soalan 2: Anak2 kita yang telah didik dengan baik semasa kecil dengan pendidikan agama, doa2 dan sebagainya. Bagaimanakah dapat kita membendung mereka ini daripada terpengaruh dengan gejala negatif? Apakah ianya berpunca dari kawan rakan, atau pendidikan di sekolah?

Kalau dah seorang ibu, hidupnya tak ada la benda lain yang difikirkan (selain baju, handbag, kasut etc.) melainkan anak-anak. Sebenarnya, apabila anak semakin membesar, semakin besar peranan ibu bapa. Kalau anak masih kecil, kita mungkin selalu mengeluh letih!, tak cukup tidur! dan sebagainya. Tapi bila anak dah mula masuk ke alam remaja, letih perasaan dan mental pula yang menimpa. Kata orang kampung, "Otak ligat dok pikiag mcam mana la paling baik nak jaga anak".

Bagi jawapan soalan pertama, menurut hadis, ada 3 perkara yang boleh menjadikan anak kita sebagai anak yang soleh. Tapi ustaz hanya menyebut dua perkara. Resipi ringkasnya adalah dengan mengenalkannya kepada Penciptanya, ALLAH. Mengenal dari segi kata dan juga mengenal untuk mencintaiNya. Itulah tanggungjawab utama kita. Perkara kedua adalah dengan mengenalkannya dengan alQuran. PAstikan anak-anak kita boleh membaca alQuran dengan baik dan yang penting juga memahami alQuran - maksud memahami di sini, kita kena didik anak kita selaras dengan yang digariskan oleh alQuran mengenai halal, haram, sunat, makruh dan harus untuk diamalkan dalam kehidupan. Phuh!!! ... mengajar sepertimana yang digariskan alQuran, mudah tapi payah, kerana kita sendiripun ada masanya culas dengan suruhan Allah. A bit nervous when thinking about this. Forever thinking whether I have been a good mother, not only to supply them with food, clothes and academic education but the most important things would be whether I have nourished them with 'ilm (knowledge) that is guided by alQuran. Untuk ini, aku akan berusaha dan terus berusaha.

Untuk soalan kedua, jawapan ringkas ustaz adalah kita bermunajat kepada Allah meminta agar anak2 kita menjadi anak yang terbaik dalam iman. Meminta agar anak2 kita diberikan taufiq dan hidayah, kerana hati-hati (qalb) kita adalah milik Allah. Dan Allah jua lah yang dapat memberikan hidayah. Ye lah kan, takkan sebab takut dengan pengaruh rakan, kita nak kurung anak kita kat rumah pulak?? Takut nanti, matahari pun dia tak kenal.

Sesuai dengan bulan Ramadhan ni, jom kita sama bermunajat kerana kita ada senjata paling berkuasa iaitu DOA. Anugerah Allah yang paling besar untuk kita.

Tapi awas!! Bila berdoa ni, jangan pula kita kata, "Dah puas dah aku doa. Budak ni tak berubah juga perangainya", sebab bila kita kata macam tu, seolah-olah kita telah berputus asa dengan Allah. Aku selalu kata, "Kalau selalu senang, sekali doa dah dapat, nanti kita akan cepat lupa Allah. Kerana Allah sayang kita, sebab tu Dia selalu suruh kita berdoa, minta kat Dia".

In short, the recipe is quite simple. Teach our kids to know Allah, to Love Allah. To love alQuran and its content. Teach them based on the Quran and the next thing to do would be dua' and tawakkal ilALLAH. Wallahua'lam.

Wassalam .... Adios


Comments