Ramadhan Lagi

Salam semua,

Nak cerita sikit pasal Ramdhan lagi. Yelah, selagi tak habis Ramadhan. Dah berpuluh-puluh tahun hidup, dah berpuluh tahun jumpa Ramadhan, ada je perkara yang kita selalu abaikan pasal Ramadhan ni.

Bulan Ramadhan ni selau kita dengar sebagai 'Madrasah Ramadhan'. Madrasah ni maksudnya tempat memperbaiki diri. Tapi aku terbaca satu blog tu, dia sebut Ramadhan sebagai 'Hospital Ramadhan', mula-mula tertanya juga kenapa hospital ye? Tapi ok la jugak sebab hospital tu tempat orang sakit nak menyembuhkan penyakit, dan kita ni pun selama ni sememangnya sakit terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit hati, jadi, masukla ke dalam Hospital Ramadhan, dapat ubat dan semuga akan sembuh penyakit tersebut. Tapi di hospital, pesakit hanya duduk sahaja, orang lain yang ubatkan, sedangkan di madrasah, pelajar tersebut yang perlu menuntut ilmu dan berusaha --- itulah yang dituntut, untuk kita berusaha memperbaiki kelemahan diri. Apa-apapun, mungkin aku tersilap faham apa yang dimaksudkan dengan 'Hospital Ramadhan' itu, dan aku bukan lah orang yang sesuai untuk membuat ulasan.

Bercakap pasal Ramadhan ni, ianya macam tempoh mengandung juga, ada trimester. 1st trimester, 2nd and 3rd trimester. Bulan Ramadhan ni pun ada 3 tempoh iaitu tempoh yang pertama disebut sebagai Rahmah, yang kedua, Maghfirah (Keampunan) dan yang ketiga, dibebaskan dari azab api neraka. Dan yang bestnya, bukanlah bermaksud apabila munculnya Maghfirah, rahmah itu akan hilang sebaliknya yang dimaksudkan disini adalah setelah rahmah, ditambahkan dengan Maghfirah -- jadi pada ketika itu Allah memberikan kedua-dua rahmah dan maghfirah kepada hambaNya yang berusaha untuk memperolehinya. Dan apabila tiba di 10 terakhir Ramadhan, Allah tambahkan labi kurniaNya dengan menjanjikan kebebasan dari azab neraka Allah bagi mereka yang berusaha bersunggu untuk menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa.

Allah Maha Pemurah, tiada tolok bandingnya. Malulah kita jika berlaku sombong padaNya.

Jika ingin menjadi orang yang bertaqwa, hendaklah kita berilmu kerana orang yang berilmu Allah angkat darjatnya. Ilmu yang kita perlu pelajari adalah ilmu Tauhid, Tasawuf dan Syariah. Tasawuf tu bunyinya macam kompleks, tapi sebenarnya ianya lebih kepada menjaga hati (bukan dari toksik) tapi dari penyakit hati.

wallahua'lam



Comments