Jangan tinggal Daku, Ramadan.

Salam all,

Selamat Hari Raya!!! A google image search found me with thousands of images of Selamat hari Raya. But I chose the one below:

Wah! Wah! Wah! Dah tak sabar ke nak sambut raya??? Ada dua malam untuk bertarawikh lagi tau ..... Ini peluang terakhir nak pulun tahun ni. Tahun depan belum tentu ketemu lagi. Sebenarnya, mood raya semenjak usia meningkat ni, sudah tidak semeriah dulu. Sebaliknya, Ramadan yang semakin hampir ke penghujung ini menggamit rasa pilu di hati. Mengenangkannya, air mata ini pasti mengalir ke pipi.

Andai ini Ramadan terakhirku, Adakah telah diterima taubatku?
Andai ini Ramadan terakhirku, Adakah telah diampuni dosa-dosaku?
Andai ini Ramadan terakhirku, Adakah telah menjadi insan bertaqwa?
Andai ini Ramadan terakhirku, Adakah aku telah bersama mereka yang tidak akan dijamah seksaan api nerakaMU?
Andai ini Ramadan terakhirku, Adakah telah sempurna penghambaanku padaMu?
Andai ini Ramadan terakhirku, Adakah telah cukup bekalan untuk dibawa ke sana?

Andai, andai dan andai. Walau segunung andai yang ada, jika tiada usaha, maka tiadalah tawakkalnya.

Telah berkata ulamak masa kini Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi,

"Jika engkau beramal kerana Ramadan, Ramadan akan pergi meninggalkan engkau. Tetapi jika engkau beramal kerana Allah, Allah akan kekal selamanya bersamaMu".

Semoga amalan kita adalah untuk Allah dan tidak akan terhenti dengan berakhirnya Ramadan ini.

Ameen. Wassalam.

~Jom lipat gandakan amalan, sambil diselangi dentuman bunga api dan alunan lagu raya.




Comments