Doa Setelah Berbuka Puasa

Salam all,

"Dah berapa hari berbuka puasa?" Lain sikit bentuk soalan dari selalu. Biasanya orang tanya, "Dah berapa hari berpuasa". Macam mana pun tak apa, yang penting kita bahagia dan tak menyalahi hukum syarak dan undang-undang.

"Dah 14 hari dah berbuka ....", mungkin itu jawapan sebahagian dari kita. Sebahagian lagi pula mungkin belum cukup 14 hari terutamanya yang perempuan la.

Apa-apapun, hari ni aku terasa nak kongsi doa selepas berbuka puasa. Tak pe lah kan .... walaupun baru hari ni nak kongsi doa yang sunnah diamalkan setelah berbuka puasa ...... kata orang, "Biar lambat asal selamat". Tapi dalam konteks ni, kita tukar sikit, "Biar lambat asal belum terlambat untuk beramal". Amacam? Ok tak? Terpanggil untuk kongsi ni pun setelah dua orang Ustaz mengingatkan berkali-kali sepanjang Ramadhan ini.

Hadith yang menganjurkan doa ini merupakan hadith hassan dan sepatutnya menjadi amalan kita semua. Lazimnya, kita hanya ingat nak baca doa sebelum makan sahaja tetapi lupa untuk membaca doa selepas makan (jangan jadi orang yang tak bersyukur ye!).



Dalam hadis riwayat Abu Dawud, al-Nasa-i, al-Hakim dan lain-lain menerangkan bahwa Ibnu ‘Umar ra berkata: Rasulullah (saw) apabila selesai berbuka puasa, Baginda (saw) membaca doa,

“ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ الله”

Dalam romanisnya, “(dz)aHabazZomaa-k, wabtallatil ‘uruuq, wa (ts)abatal ajr, Insyaa AllaaH”.
yang bermaksud:
“Telah hilang rasa haus, Urat-urat telah basah, Dan pahala telah ditetapkan, Insyaa AllaaH”


Satu perkara lagi, kesepakatan ulamak mengatakan hadis berkenaan membaca doa sebelum makan dan berbuka puasa, yang biasa anak kita belajar kat sekolah tadika tu .... (Allahumma barik .... & Allahumma laka sumtu ....) adalah bersandarkan hadith dhai'f yang tidak perlu diikut (kalau ikut pun tak dosa). Sunnahnya hanyalah dengan membacakan 'Bismilallahirrahmanirrahim'.

Hadis sahih juga mengatakan, "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat .....", maksudnya nak suruh berdakwahlah tu walaupun sedikit. Jadi, rasanya ini dah berpotong-potong ayat ni. Makanya, cukup sampai di sini untuk kali ini.

Selamat berpuasa.
Dah ke-15 dah...... Malam ni baca doa qunut. Lailatul qadar pun dah mula mengintai-ngintai. Jangan lupa temu janji dengan kekasih ya!

~Wassalam

Comments