Cuti Semester

Salam all,

Hari ni hari ke-sebelas berpuasa. Sekejap betul masa berlalu. Kalau lepas 15 puasa, lagilah cepat terasa masa berlalu. Sudah lebih baikkah kita pada tahun ini berbanding tahun yang lalu???? Hmmm ..... puasa? Apa kena mengena dengan tajuk Cuti semester???? Yang kena mengena adalah pada cepatnya masa berlalu.

Sekarang ini adalah cuti pengajian semester bagi Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Tetapi bagi pelajar lepasan SPM yang lain yang mengikuti Sijil, Asasi, Matrikulasi ataupun Diploma, sekarang adalah masa kuliah. Bagi cikgu2 (pensyarah tapi dah rasa macam cikgu), yang megnajar Diploma, seharian berulang alik ke kuliah.

Dan ada yang bertanya, "Kalau cuti semester, pensyarah kena kerja ke?", "Pensyarah buat apa masa tu, kan budak2 tak ada?" dan lain-lain soalan yang sewaktu dengannya.

Alangkah bestnya kalau boleh cuti. Tapi itu bukan hakikatnya, para pensyarah kena bekerja. Semasa mula-mula diumumkan perubahan tarikh kuliah bagi program Sarjana Muda dan ke atas ni, kami semua (para pensyarah Sarjana Muda ke atas) menarik nafas, kerana adanya ruang untuk memperbetulkan otot-otot fizikal dan mental yang dah lama tertekan, stress dengan bebanan kerja yang tiada titik noktahnya. Bukan setakat noktah, koma pun tak jumpa. Wahhhh ...... cuti semester selama 4 bulan ..... bestnya. Banyak tugasan lain yang boleh disiapkan sepanjang cuti ini. Banyak ilmu baru yang boleh ditimba sepanjang cuti ini. Banyak artikel yang boleh ditulis. Banyak idea penyelidikan yang boleh dijana. Banyak dan banyak dan banyak lagi.

Dan sekarang, bulan Ogos sudah hampir dipertengahan. Belumpun sempat aku bercuti panjang, belumpun sempat simpulan urat diluruskan, belumpun sempat artikel dinoktahkan, lambaian semester baru telah pun kelihatan. 6 September semester baru akan bermula. Kehidupan rutin pensyarahku juga akan bermula. Dan aku akan kelihatan menyepi lagi dari blog ini. Membiarkan ianya bersawang.

Pepatah mengatakan 'Masa itu Emas', ulama' mengatakan 'Masa itu nyawa', setiap hari, setiap jam, setiap minit dan detik ia semakin berkurang. Setiap minit dan masa ia tidak akan berulang. Oleh itu, setiap detik yang ada, kita penuhilah ia dengan sebaik-baiknya - untuk kebaikan dunia dan AKHIRAT.

Dah habis 'meroyan', got to pen off now. Argh ........

wallahua'lam


Comments