Salam all,
Baru selesai menonton segmen 'Bersama Dato' Fadilah Kamsah - Menyelam Sanubari'. Topik perbincangan adalah 'Anak Derhaka'.
Ya Allah! Aku mohon padaMu mudah2an aku tidak termasuk dalam golongan anak yang derhaka, dan aku juga tidak menjadikan anak-anakku sebagai anak derhaka.
Bersama Dato' adalah Imam Muda Ashraf dan seorang anak gadis yang telah berubah dan menghargai ibunya walaupun dia sendiri belum mendapat hidayah untuk berhijrah menjadi muslimah solehah dari segi perwatakan dan pemakaian. Biarpun begitu, anak gadis tersebut begitu menyayangi ibunya. Semoga Allah berikan beliau hidayah kerana kebaikannya terhadap ibunya. Menurut Dato' Fadzilah Kamsah juga, menurut ulamak, walau setitik susu ibu sekalipun, tidak mungkin dapat dibalas oleh anak, Subhanallah.
Doa ibu itu tiada hijabnya --- bila dikenangkan kembali segala detik kejayaan, aku yakin, kurniaan Allah terhadapku ini adalah jua kerana doa MAK, terima kasih mak. Aku tidak pernah lupa menelefon MAK, meminta mak mendoakan kejayaanku dalam setiap peperiksaan, temuduga dan sebagainya. Dan Alhamdulillah, perjalanan hidupku mudah, mungkin berkat doa MAK. Sehinggakan disaat aku sudah bergelar IBU ini, aku masih menelefon MAK untuk meminta mak agar mendoakan aku. Aku ingat ketika VIVA PhD ku sedang berjalan, rupanya, mak duduk membaca surah Yasin sepanjang petang itu sehinggalah dia menerima panggilan dariku memaklumkan kejayaanku. Patutlah begitu lancar perjalanannya ketika itu, dengan izin Allah. Terima kasih MAK! Tidak terbalas segala jasa MAK terhadap anakmu ini. Aku tidak pasti apa yang dapat aku lakukan untuk menggembirakanmu dalam usia emasmu ini. Ampunkan anakmu, MAK.
Dalam mengenang doa MAK terhadapku, apakah cukup doaku untuk anak2ku??? .......
Anak-anak ibu, doa ibu sentiasa mengiringi kalian di setiap doa ibu. Tidak pernah ibu lupa mendoakan agar anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat. Tidak pernah ibu elpa mendoakan anak-anak ibu agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Segala kebaikan di dunia dan akhirat hanyalah untuk anak-anak ibu. Justeru, ibu berharap agar anak2 ibu, tidak mensia-siakan doa ibu.
wallahua'lam ....
Comments
Post a Comment