Salam semua,
Tajuk di atas merupakan tajuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Jamil (Saifulislam.com). Sebenarnya, blog ini dikemaskini sambil mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Hasrizal. Kuliah tersebut disampaikan di ibu pejabat Ana Edar.
Satu perkara menarik yang disampaikan oleh ustaz yang tidak pernah terfikir oleh kedangkalan ilmuku adalah dalam surah Luqman, dinyatakan bahawa Luqman telah menyampaikan nasihat kepada anaknya dengan hikmah. Tetapi tidak dinyatakan di dalam alQuran mahupun hadis samada anaknya berhasil menjadi orang yang beriman dan berguna. Ini disimbolikkan bahawa antara tanggungjawab utama ibubapa adalah memberikan pengajaran kepada anak.
Antara tanggungjawab ibubapa adalah memberikan nafkah. Nafkah zahir dan batin. Nafkah zahir dan batin ini pula bolehlah dipecahkan kepada beberapa kategori:
- FIZIKAL
- INTELEKTUAL
- EMOSIONAL
- SPIRITUAL
Menyampaikan nasihat secara berhikmah pula ditafsirkan oleh Sheikh Soleh (menurut Ustaz lagi), boleh dikategorikan sebagai:
1. Kata yang sesuai
2. Disampaikan kepada orang yang betul
3. Pada masa yang betul
4. Dengan cara yang betul
Setiap masalah mestilah diselesaikan pada pokok masalahnya, maka perlu bagi ibubapa mencari punca masalah - menyelami anak-anak.
Ibubapa juga jangan hilang kawalan, jangan hilang kesabaran bila dalam kemarahan, jangan terus melepaskan kemarahan sebaliknya, fahami terlebih dahulu tindakan anak tersebut, kemudian cuba untuk 'reason out' dengan anak2 mengenai tindakan mereka dan diperbetulkan. Inilah yang dikatakan 'hikmah'.
Semoga kita menjadi ibubapa yang dapat mendidik anak2 kita dengan penuh hikmah.
Wassalam.
Comments
Post a Comment