Hmm ... penyakit tak update blog dah kembali lagi. Apa nak buat, jari yang sama dah letih digunakan untuk menyiapkan tugas hakiki. Baik di pejabat ataupun di rumah. Tak dak Kudrat!!! (bak kata orang kampung I). Tapi hari ni terasa nak kongsi cerita basi.
Al-Kisahnya, di tepi teratakku ada sebuah kolam ikan. Ikannya tak banyak- adalah dalam 30 ekor. Keli, lampam, kelah, jelawat, koi dan tidak ketinggalan seekor kura-kura mendiami kolam tersebut.
Yang kat atas tu sebahagian dari ikan-ikan yang ada dalam kolam tu ...yang lain tak mau bergambar ....malu kata mereka - chewah .......macam lah aku faham bahasa ikan.
Ikan-ikan ni kami bela sejak saiznya sebesar dua jari (macam bela anak le pulak). Tiap-tiap hari diberi makanan berkhasiat. Makanan ikan, kadang2 tu spriluna (macam lah tak cukup lumut dalam kolam tu) dan kadang-kadang makan kangkung. Dalam masa 5 bulan, ikan-ikan ni dah nampak tumbesaran yang ketara, terutamanya ikan keli. Tak tahu kenapa, my husband ni cukup berdendam dengan ikan keli tu kerana pada pandangannya, si ikan keli ni memonopoli makanan yang ditaburkan ke kolam. Untuk pengetahuan semua, kami ada 6 ekor keli, 1 ekor tak sempat membesar kerana telah sampai ajalnya, seekor ditangkap semasa mak & bapak datang dan yang tinggal 4 ekor lagi tu, membesar dengan cepatnya. Memang makannya lahap sekali .. tengok mulut la kan..........
Dipendekkan cerita, oleh kerana geram dengan ikan-ikan keli yang kuat makan tu, my husband bercadang untuk 'memasak cilikan' ikan-ikan tersebut. Berminggu-minggu dia cuba menangkap keli-keli yang bijak itu menggunakan penyauk (jala je yang belum beli lagi), tapi tak berjaya.
On one Sunday, aku sibuk dengan cucian kain baju ku, tiba-tiba aku nampak suamiku dengan anak bujangnya menyibukkan diri di tepi kolam. "Operasi Keli", katanya. "Cuba le ... kalau boleh tangkap, bertuah", itu merupakan cabaranku. Apa lagi, bertungkus lumus dua lelaki di rumahku ini.
Dan .....TARA!!!!!
Inilah hasilnya bila akhirnya dua beranak ni terjerit-jerit meminta baldi dari aku untuk diisikan ikan keli yang akhirnya tewas juga itu. Ini baru dua ekor, tiga ekor tewas hari tu.
Wah!!! Cabaranku bersahut. Dengan senyum sumbing, aku pun bertanya, "Sapa nak siang ikan ni?". Aku ni memang geli sikit nak siang ikan keli ni kerana badannya yang mempunyai banyak lendir tu.
Lagi pun, aku ni bukan suka sangat pun makan ikan keli. Dua beranak yang menangkap keli tu beserta anakku yang sulung je yang boleh dikategorikan 'hantu keli'.
Dan akhirnya ..... orang yang menangkaplah yang menyiangkannya. Aku tukang gorengkannya saja. They decided to eat it as it is - goreng kunyit je. Tak nak buat masak cili pun supaya boleh ratah (especially anak bujang I yang tak berapa suka pedas melampau tu).
My husband memang ada bakat terpendam dalam hal-hal siang-menyiang ikan ni. Kalau sepanjang aku mengandung dulu, dialah yang selalu siangkan ikan lepas balik dari pasar. Thank you Abang!!!! Huhuhu .... Nak mengandung lagi supaya dapat ihsan lagi!!!!!
Dan kini ..... tinggallah seekor keli sahaja di dalam kolam itu. Kesiannnnn dia ... dah macam kena penyakit kemurungan je.
Tapi sekejap je murung tu. Tak lama lepas tu, keli yang seekor ni dah mula makan dengan lahapnya seperti sedia kala.
Inilah berita untuk hari ini. Sekian.
Comments
Post a Comment