Baling Selipar

Pernah main baling selipar? Siapa tak pernah main rugi oooo...... Bersempena cuti sekolah yang dah nak sampai ke penghujungnya ni, anak2ku and their cousins stayed for +-2 weeks at rumah Mak Tok. They EXTREMELY enjoyed their stay there, and Mak Tok had to bear with the shouting and yelling in the house. Luckily Pak Cik Li and Mak Cik Farah were there too.

Pak Cik Li memang rajin melayan kerenah anak2 sedaranya. Bayangkan .... two trips to AirTerjun. Hissh ...ibu pun tak sanggup. Yang lagi buatkan hidup kanak-kanak ni (Atikah pun kanak2 ke??) happening adalah games - tak kira electronic ataupun tradisional. One of the game that we had the opportunity to watch them play was the 'Baling Selipar'. Itu pun masa nak ambil anak-anakku dari kampung - on their last day at Mak Tok's.

Tau cara bermainya kan???
What you need is 2 pairs of slipper - campur2 pun tak apa. Yang penting ada 4 belah, and a ball. Tennis ball will do. No golf ball or hockey balls please ... kalau guna bola2 ni, mau bertelor dahi jadinya.

Ada 2 team: team A dan B. Mula-mula, selipar tu akan disusun membentuk piramid. Team A akan cuba merobohkan piramid tersebut dengan menggunakan bola tennis tadi. AIM..... baling .... Kalau kena dan piramid tersebut roboh, team A akan cuba sedaya upaya untuk membina piramid itu semula. Apa yang susahnya ye??? Tak semudah itu .....

Semasa team A cuba sedaya upaya untuk membina kembali piramid selipar tu, team B akan membaling bola tenis tadi ke arah pemain2 di team A dengan tujuan mematikan mereka. Ahli yang dah kena balingan bola itu, tidak lagi boleh membina piramid, (out you from the game). Jika team A berjaya membina semula piramid selipar itu, team A dikira menang. Jika kesemua ahli team A terkena balingan bola sebelum sempat membina piramid selipar, maka team A dikira kalah. Bila dah kalah tu, giliran team B la pulak untuk tunjuk bakat meroboh dan membangunkan piramid selipar.

Ok tak??? Tersangatlah OK. Memang happening... (pinjam istilah anak2 sekarang)

I used to play this when I was a child (memories again). During that time tennis ball is not easy to get (mahal!!!, orang kampung mana mampu), therefore we resort to using slipper to destroy the pyramid slipper --- Itulah yang jadinya 'BALING SELIPAR'.

Kalau yang belum pernah main, belum terlewat, boleh mula main sekarang ... kalau dah malu nak main, mungkin boleh ajarkan anak2 pula untuk bermainnya.

The girls' team. Standby untuk jaga piramid selipar.

The boys' team. Ready to destroy the pyramid.
Aim..... Baling! Gaya je lebih si Hakim tu.



Bila piramid tu dah roboh. Tugasan berikutnya ialah untuk membangunkannnya.
Tapi awas! Jaga2 dengan bola tenis yang sedang mencari mangsa tu.









Comments

  1. rindu nk main nih..mse kecik slalu men nik...tp dulu xda pun guna bola tenis...rindunye moment mse kecik..budak2 skrg ni jrg men benda2 camni...

    ReplyDelete
  2. Betul betul betul. Budak2 sekarang kurang kreatif. Zaman you all pun ada lagi ke permainan ni?

    ReplyDelete
  3. He..he... terkenang semasa lalu... lagi satu Zero Point! Pantang ada waktu rehat.. cepat-cepat cari geng nak main... oiii... indahnya kenangan.

    Sevendrops

    ReplyDelete
  4. budak-budak sekarang main apa ye waktu rehat? nasib baik tak boleh bawa komputer, kalau tak mesti dah buka fb ... hihihi .... dunia dah berubah

    ReplyDelete
  5. mane ad guna bola? satuh den..kalo nk robohkan selipar pon guna selipar ad la..

    ReplyDelete

Post a Comment