Akhir Sebuah Kehidupan

I had a late lunch yesterday, 3.30pm, therefore I stayed until Asar. As I have appointment that evening, I quickly rushed to the office after solat. On my way, I passed my husband. I am curious, 'awalnya ayah balik?', I uttered to myself. Curious, I checked my handphone. Yes, there's a message telling that Ustaz Hilmi has passed away. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Ustaz Hilmi adalah ustaz yang mengajar kami tafsir sebelum diganti oleh Ustaz Firdaus. Dia meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Allah menjemputnya kembali kepadaNya setelah diuji dengan penyakit kanser.

Apabila aku ke surau petang itu, orang telah ramai di situ. Jenazah sedang dimandikan oleh suamiku. Kebanyakannya adalah anak didiknya, pelajar tahfiznya, saudara mara dan jiran. Jenazah disembahyangkan sebaik selepas solat maghrib. Jemaah begitu ramai.

Di petang Jumaat itu, jenazah disemadikan diiringi berpuluh kenderaan. Menurut suamiku, mata arwah seakan-akan basah ketika dikapankan. Ustaz telah menamatkan perjalanan hidupnya. Semoga Allah tempatkan ustaz Hilmi di kalangan orang yang dikasihinya. Dan ustaz merupakan orang yang keempat yang kukenal yang telah meninggalkan dunia ini sepanjang 2010 ini.

wassalam.

Comments