Salam semua,
Dah beberapa hari tak update blog. Bukan tak teringat nak update, teringat sangat, tapi tak berkesempatan. Hari ni, sempena penutup tahun 2012 ni, tak kira apa, nak update juga blog ni.
2010? 2011? 2012? Apa signifikannya? Pada zahirnya berbeza hanya pada digit nombornya. Perlukah ianya digembar gemburkan, disambut dengan begitu riang ria, pesta sini sana sehinggakan kekadang terlupa halal haramnya? Itulah manusia yang sering lupa .... bermegah dengan perkataan 'nasia' atau lupa dalam Bahasa Arab menjadikan kita rasa tidak apa kalau lupa, kerana perkataan 'manusia' itu sendiri hampir saja kepada an-nasia yang membolehkan kita LUPA. Apa yang kita lupa? Kita lupa bahawa sambutan besar-besaran yang kita rayakan ini lebih banyak kemungkaran dari kebajikan. Sana-sini diadakan perhimpunan 'count-down' untuk menyambut tahun baru. Apa pengisiannya? Dimanakah pengisiannya yang dapat mengingatkan kita, bahawa sambutan tahun baru ini menandakan permulaan hari baru. Dan dengan setiap permulaan hari baru maka kuranglah bilangan harinya untuk kita bersedia untuk mendampingi Allah dan Rasulnya.
Tahun baru siapakah yang ingin kita sambut secara besar-besaran ini? Bukan tahun baru kita. Bulan permulaan kita adalah Bulan Muharram, bukan Januari untuk turut dirayakan seperti orang-orang bukan Islam. Biarlah mereka dengan kegembiraan mereka, biarlah mereka dengan perayaan mereka, kenapa kita, yang mengaku beragama Islam ini ingin turut sama berpesta. Sering dikatakan bahawa hiburan diwujudkan untuk melalaikan umat Islam, tetapi hakikatnya, umat Islam itu sendiri yang bersalah kerana membiarkan diri begitu mudah hanyut dengan hiburan yang membawa kemungkaran. Hiburan tidaklah dilarang dalam Islam. Islam ini agama yang syumul, setiap ruang kehidupan telah digariskan dengan baik dan tidak sampai menyiksakan umatnya. Kenapa kita perlu rasa terkongkong jika disekat dari berhiburan melampau???? Kerana kita tidak menemui hiburan sebenar .... Aku sendiri masih mencari hiburan seperti hiburan yang diperolehi oleh para 'abid ketika mendampingi Tuhannya, Allah Rabbal 'alAmin.
Bukan bermaksud untuk membebel, tapi inilah apa yang membungkam dalam hati kecilku. Kecewa, sedih, bimbang dan dan dan ........ apabila mengenang generasi muda Malaysia yang semakin ramai cenderung kepada kegilaan dunia. Hati kecil ini juga rasa malu dan marah pada diri sendiri kerana terlalu lemah untuk menolak kemugkaran yang bermaharajalela kerana hanya mampu membencinya dengan hati tanpa punya daya untuk menggunakan TANGAN untuk menghentikan kemungkaran ini.
Ya Allah! Kau selamatkanlah anak-anakku, keturunanku, kaum muslimin dan muslimat seluruhnya agar terpelihara dari fitnah dunia ini. Amin.
wallahua'lam.
Comments
Post a Comment