Ini first time dalam hidup aku untuk turut serta dengan bloggers lain untuk apa2 kempen. Walaupun selalu baca pasal benda2 ni, tapi hari ni terasa pulak macam nak join Kempen SAYA SUKA BLOG AWAK LA! oleh Ben Ashaari.com. (Sila klik link untuk ke laman asal).
Yang tak tahannya sebab kena ikut arahan satu persatu ... maklum la, aku ni orang yang suka menderhaka (pinjam istilah yg Cik Mat Gebu selalu guna) pada arahan. Sebab tu kalau memasak pun selalu ikut sukatan sendiri (sebab tekak sendiri yang nak makan kan...)
Okaylah, apa-apa pun, ini 5 blog yang aku suka ikut:
Blog ni, memang aku akan singgah setiap kali memulakan ekspedisi menziarah blog. Sebabnya blog ni memang di'update' tiap-tiap hari. Lagi satu aku suka dengan idea memasak yang diketengahkan. Walaupun siaran ulangan (pinjam istilah CMG lagi), tapi still nampak very refreshing. Thumbs up to the owner!!.
Ini pun aku suka sebab banyak info menarik dan peristiwa semasa yang boleh dijadikan panduan dan teladan. Tuan punya blog ni juga aku kagumi kerana begitu gigih berblog walaupun akau tahu dia sebenarnya sibuk. Tambahan pulak aku kagum dengan social networking (ukhuwwah) yang dibina oleh tuan punya blog ini dan rakan2 mayanya melalui berblog ini. Bravo Kak Azzah!!
Blog ni aku suka kerana idea masakan yang juga boleh membuatkan terasa macam nak memasak. Terasa je lah ye!!! Kerajinannya belum tentu beserta. Aku kagum pada seorang wanita bekerja yang masih ada tenaga lebihan untuk merakamkan setiap hasil masakannya dan mengongsikannya dengan rakan2 maya.
4. Kereta Mayat
Blog ni ada sindiran dan pengajaran. Cara penyampaian dakwah yang tersendiri. Tapi, bak kata tuanpunya blog - hanya untuk 18SX, cuma dari segi penggunaan bahasanya je. Mungkin ada yang akan tersinggung. Tapi kalau tersinggung jangan la baca. Blog ni tak la di'update' setiap hari. Tapi seronok membacanya. Pengikutnya boleh tahan juga ramainya.
Dan yang terakhir ni akau suka jugak sebab selain dari resepi, tuanpunya blog ada juga berkongsi pengalaman peribadi. Satu lagi kelebihan blog ni adalah kerana tuanpunya ada menyelitkan sedikit maklumat dari segi pemakanan. Tuanpunya blog ni aku kenai sangat. Aci tak suka blog sendiri???
Saya tahu mengenai segmen ini melalui blog PENGEMBARAAN MENUJU ABADI.
Rasanya dah ikut step-by-step yang Encik Ben kita suruh ni.
Okay, stop dulu, geng dah ajak lunch (overdue dah ni!!).
hehehe..terimakasih kerana suka baca blog saya!
ReplyDeleteterjah dr blog ben !
ReplyDelete