Doa dalam Al-Baqarah : 285-286

Sambungan dengan surah al-Baqarah dari post sebelum ni. Sering juga kita mendapati petikan-petikan surah ini yang digunakan sebagai doa harian kita.

Ayat di bawah merupakan jaminan Allah bahawa ujian yang menimpa hambaNya itu adalah mengikut apa yang terdaya oleh mereka. Dan jika mereka sabar dan redha dengan ujian tersebut maka akan diberi pahala kebaikan, dan jika sebaliknya maka dosalah balasannya.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ

(285) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Dan kita perlu ingat bahawa salah satu rukun iman adalah Percaya kepada Qadha' dan Qadar. Jadi bila kita berdoa, tetapi tidak memperolehi seperti apa yang kita idamkan maka percayalah pula pada qadha' dan qadar.

Ini pula merupakan doa yang baik kita amalkan setiap hari selepas solat.

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286)

Tambah doa lagi? Ye lah, elok la kita tambahkan doa. Takkan asyik2 setakat doa minta ampun untuk diri sendiri dan ibubapa je .... handphone pun kita upgrade, jadi elok la kita upgrade amalan kita. Tambah2 pula, memang ALLAH yang MAHA PEMURAH yang suruh kita berdoa dan meminta. Tapi kita ni (aku dan orang2 lain) selalu sombong! ALLAH suruh minta pun tak nak!!!

Semoga ilmu yang sedikit ini dapat kita amalkan supaya hari ini dan esok adalah lebih baik dari hari sebelumnya kerana perkara yang paling hampir dengan kita adalah sebuah KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Comments