Assalamualaikum semua.
Sunyi sepi ofis pagi ni. Ramai yang masih bercuti pada Eidhul Adha ke-3 ini kecuali aku. Pagi-pagi ni elok juga dengar bacaan al-Quran. Aku pun mulalah explore Quran Explorer (my favourite website to listen to Quran while doing my work). This morning I choose to listen to surah al-Baqarah. BTW, this surah is good to get rid of the unwanted 'makhluk' (other than 'insan') from our house. Therefore, it is recommended to recite the surah before entering a new house. Manalah tau, kalau-kalau sebelum kita masuk, dah ada yang masuk sebelum kita (meremang bulu tengkuk jadinya nanti). About reciting the surah, some says that we personally had to recite it, some says we can get other people to recite it, some says we have to complete reciting the surah in one go (tak boleh continue hari-yang berikutnya), and some says cannot just let the radio/CD/ VCD etc. to recite for you. Sampai ada yang kata, kalau setakat pasang kaset je, jin-jin tu berjoget2 je dengar bacaan tu , tak gerun dan lari pun. Macam mana diorang tu nampak jin berjoget, aku lupa pulak nak tanya. Apa2 pun, dalam kuliah tafsir kat ofis yang aku dok ikut seminggu sekali (kalau tiada keuzuranlah), ustaz Firdaus mengatakan bahawa, boleh jika hanya memasang kaset/CD/VCD atau yang sewaktu dengannya jika tak berkesempatan untuk membacanya sendiri. Boleh juga dibuat secara berkumpulan dengan membahagikan bacaan tersebut kepada beberapa kumpulan dan dibacakan serentak. Inilah yang menjadi pegangan aku.
Dah melalut dari tajuk asal. Anyway, .... as usual, early morning, I will check the emails, respond to it (if necessary) or delete it (to free some hard disk space). Finish with that first task, I glance at the Quran Exlporer screen, to read the translation, the reciting by Imam Mishari Rashid (my favourite) is reaching the verse 35, ayat ni macam familiar sangat aku rasa. Patut la, baru minggu lepas ayat ini dikupas oleh Ustaz Firdaus. Rupa-rupanya ada baiknya berada dalam majlis ilmu sedemikian, melekat betul dalam otakku yang semakin berusia ini apa yang diajarkan. Bayangkan kalau dah tamat kelas tafsir ini, dengan izin Allah aku akan memahami keseluruhan al-Quran termasuk kupasannya ..... seronoknya!!!!! tapi,,,,, entah bila la nak abis ---- kena istiqamah.
Melalut buat kali kedua. Ok, let's U-turn to my original idea. I wanted to share this two verses as shown below:
44) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Pada ayat ini, aku terberhenti seketika ...... Allah dengan penuh Rahim dan RahmanNya menyuruh kita meminta tolong dariNya, hanya dariNya dan kemudian bersabar dan terus mengerjakan sembahyang. Sembahyang itu berat - pastilah berat balasannya kecuali bagi mereka yang khusyuk.
Siapakah orang-orang yang khusyuk? Mereka adalah orang-orang yang yakin bahawa mereka akan mati dan akan dipertemukan dengan Allah untuk menerima pembalasan diatas apa yang telah dilakukannya dimuka bumi ini.
Yakinkah kita? Aku pasti semua orang yakin bahawa kita pasti mati, cuma yang kita lupa adalah tentang PEMBALASAN. Kalau kita ingat tentang pembalasan, tentulah kita tak berani buat salah dan akan cepat bertaubat bila buat salah. Solat itu adalah BERAT, tapi kita (aku dan ramai yang lain) lupa nak memberatkan solat dengan bersolat dengan penuh khusyuk. Asyik2 hanyuuuuut je semasa solat. Masa solatlah datang berbagai idea, dan teringatkan semua benda yang sebelum ni terlupa nak buat. Kita lalai nak serahkan diri pada Allah sepenuhnya pada masa yang singkat itu (waktu lain pun kena ingat Allah juga).
Sebenarnya, ayat tu amat meyentuh aku. Rasa nak meleleh air mata, mengenangkan kelalaian diri sendiri. Kadang2 tu solat tidak dilakukan diawal waktu. So, hari ni, jom janji pada diri sendiri untuk pastikan solat diawal waktu dan serahkan diri sepenuhnya semasa solat, InsyaAllah. Mungkin ada yang kata, tiap2 hari dah janji tapi tak buatpun .... aku pun sama, tapi lebih baik kita berazam dan berusaha untuk melakukannya dari TAK BUAT APA-APA.
JOM SOLAT!!
Comments
Post a Comment