Rindu ....

Rindu
Rindu yang tak terperi
Pada blog yang semakin dipinggiri
Ini lah akibat masa tidak berjaya dikuasai
Atau ... disebabkan ketamakan diri

Niat dihati nak bersajak ... tapi tak sempat nak perah otak untuk mengarang. Sebabnya ... mengejar masa. Ahh... alasan yang tak menasabah .... sebenarnya kita sering kesuntukan masa mungkin kerana kelalaian diri dalam menguasai masa atau kita terlalu tamak untuk melakukan segalanya ... kena fikir lagi ... tapi again, tak sempat nak fikir yang mana satu betul sebab tak ada masa. Again, alasan yang tak menasabah.

Tapi .... yang tak tipu, adalah rasa rindu ini untuk mencoretkan bait-bait ayat di ruang ini. Bagaikan ada satu keseronokan apabila meluahkan segalanya di sini. Tak kisahlah samada ada yang membaca atau pun tidak, yang penting MENULIS.

Berhari-hari (sejak balik dari cuti ni la ...) aku 'log on' ke blogspot ni, niat di hati nak tulis sesuatu, tapi jeling je pada mimize window kat bawah tu sebab tak sempat nak mengarang.

Hari ni, bila jam dah menunjukkan 5.05pm, tanpa melengahkan masa, aku pun terus ke sini untuk mencoret bait-bait ayat sekadar melepaskan kerinduan pada blog yang tidak bersuara ini. Kenapa 5.05pm? Yelah ... after office hour, konon-konon tak la rasa guilty sangat berblog ...tapi opsss ... is my 8 hours work for today fulfilled?????? Arghh ..... got to continue my work .... bye bye ta tat tit tit tut tut ............

Will come again, has a lot to write because there are so many happenings lately.

Comments