Monday, August 3, 2009

Kurangkan Bicara

Ku petik ayat dari buku "Jangan Bersedih" karya Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni,

"Jauhilah banyak membantah dan banyak mengkritik. Hal itu akan membuat ketenangan hatimu hilang dan membuat wajahmu tidak baik. Ucapkanlah kalimah yang sopan dan penuh cinta jika kamu ingin menarik hati dan jiwa orang lain."

Beberapa potong ayat ini jika dibaca sepintas lalu tidak akan membawa makna sebaliknya mungkin menyebabkan kita berkata, "dah tu, takkan tak boleh kritik kot. nak diam je ... mana boleh tahan macam ni".

Tapi itulah hakikatnya, bait-bait ayat ini sebenarnya menuntut kita untuk tingkatkan kesabaran kita apabila berlaku sebarang perselisihan, argument, dan tidak perlu juga kita berkata-kata jika hanya untuk memuaskan hati orang.

Rumusan dari pembacaan ringkas ini: 1) perlu tingkatkan kesabaran, 2) jangan cuba untuk memuaskan hati orang (membodek la tu...) dan 3) kurangkan bersuara.

Tapi mampukah hati ini menangkis godaan syaitan untuk mengeruhkan apa jua hubungan yang baik .... mampukah hati ini meningkatkan kesabaran 'ala kulli hal?

Berusaha .... lah ....................

No comments:

Post a Comment