Rasa Nak Menulis

Hari ni 5 April. My last entry was 16 January .... lama betul tak update blog ni. Sebab tu nak invite orang visit blog ni pun rasa malu. It's better that way, I guess. Tapi hari ni rasa macam nak menulis, walaupun sikit.

Aku mulakan bicara kali ini dengan lafaz ALHAMDULILLAH ........... kesyukuran yang tiada nilainya aku panjatkan pada yang Maha Esa, lagi Maha Pemurah, kerana pada 24hb Mac 2009 yang lalu, pada lebih kurang pukul 4.50pm, sekumpulan panel yang terdiri dari Prof Datuk Dr Zalizan Mohd Jelas (Pengerusi), Prof Datuk Dr Halimah Badiozaman (Pemeriksa Dalaman), Prof Madya Dr Abdul Rahman Ahmad (Pemeriksa Luar) dan Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, telah sebulat suara bersetuju meluluskan viva ku, sekaligus bersetuju untuk aku dianugerahkan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH dengan sedikit pembetulan. Akhirnya, perjuangan tiba jua ke penghujungnya. Tidak lain, semuanya dengan izinMu ya Allah.


Ya Allah! Sesungguhnya aku malu padaMu, aku hamba yang banyak melakukan dosa ini, hamba yang sering lalai dari mengingatiMu ini, masih kau berikan habuan dunia seiring permohonanku. Ampunilah aku Ya Allah. Semoga habuan dunia ini akan lebih mendekatkan aku padaMu, bukan sebaliknya. Kau peliharalah hati ini dari perasaan riak dan bangga diri, kau peliharalah aku dari kesesatan. PadaMu Ya Allah aku merayu.


Kejayaan kecil ini tidak akan dapat membawaku ke syurgaMu sekiranya tidak diiringi dengan keinsafan atas nikmat kurniaanMU, sekiranya tidak disertakan dengan amalan yang berterusan terhadap kebaikan dan kebajikan ummah. Semoga kau berikan aku kekuatan untuk menangkis perasaan mazmumah yang sering ditup syaitan yang sentiasa inginkan hambaMu berpaling dari mengingatiMu.

Aku berazam untuk memperbanyakkan kecenderungan kearah ukhrawi dalam kehidupan seharianku.

Kepada sahabat-sahabat yang masih dalam pertarungan ini (kalau ada yang membaca), PhD bukan suatu noktah dalam pencarian ilmu, sebaliknya, ianya satu permulaan kerana ia membuatkan kita sedar kedangkalan ilmu yang kita ada kini. Ilmu bukan hanya untuk kehidupan dunia, tetapi biarlah ia dapat membantu kita dalam kehidupan yang kekal abadi nanti. Teruskan perjuangan, BIAR REBAH, BIAR BERPAPAH, MENGALAH JANGAN SEKALI. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang diredhaiNYA.

wallahua'lam.

Comments

  1. Salam,
    Tahniahh.... rasa-rasa macam kenal empunya blog nih!

    ReplyDelete

Post a Comment