Assalamualaikum.
Hari ni kita berkongsi pulak perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Azhari Murad dari Sg Buluh. Ustaz berkongsi tentang wirid.
Antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari. Antara waktu ini adalah waktu yang dirahmati.
Bila terjaga dari tidur maka sebutlah Allah taala. Mulakan dengan bacaan doa bangun tidur. Dengan bacaan tersebut semoga terungkai satu ikatan dengan syaitan. Ini adalah manifestasi mohon doa dari Allah agar kita dijauhi dari ikatan syaitan.
Seterusnya....
Sabda Nabi: "Kita telah sampai ke waktu petang. Kita telah sampai ke kerajaan milik Allah SWT maka ucapkanlah La ila ha illallah la hau la quawata illa billahil aliul adzim".
Ucapan-ucapan doa yang dihimpunkan berdasarkan doa-doa Rasulallah adalah doa yang terbaik. Satu contohnya adalah dengan membaca alMa'thurat yang merupakan doa-doa Nabi yang dikumpulkan oleh Imam Hassan AlBanna.
Wirid-wirid dan zikir juga doa adalah menifestasi ingatan hambaNya terhadap Allah SWT. Allah telah berjanji, setiap doa akan dimaqbulkan. Hanya yang tidak dapat dipastikan bilakah ianya akan dimaqbulkan atau akan diberikan yang lebih baik.
Tidak menolak taqdir dengan doa. Bermaksud taqdir itu boleh bertukar dengan doa dari seorang hamba.
Musuh bagi setiap umat yang utama adaah syaitan. Pembantu syaitan adalah nafsu. Untuk perangi keduanya adalah dengan senjata utama iaitu doa.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment