Salam Alaykum.
This is another piece that i gathered this Ramadhan. But sorry because I did not jot down the name of the Ustaz. The ustaz shared a piece on the Mutaqqin.
Muttaqin. Siapakan orang yang dikatakan Mutaqqin?
Org2 yg bertaqwa adalah org yg diberi keampunan dan dijanjikan syurga Allah.
Ayat Quran:
"Bersegeralah berusaha mendapat keampunan Allah dan syurga yang luas tujuh petala langit tujuh petala bumi yg disediakan untuk orang yang bertaqwa."
Nabi Musa bertanya Allah perihal syurga yang paling rendah tingkatnya. Allah menjawab ia adalah syurga yang disediakan untuk hambaKu yang paling celaka iaitu yang terakhir keluar dari neraka.
Ada 2 org yg paling akhir keluar dari neraka
1. Ditanya Allah samada dia mengharap utk keluar neraka dan ke syurga. Dia menjawab bahawa dia amat berharap utk keluar neraka dan memasuki syurga. Maka dikeluarkan dari neraka.
2. Yang kedua appbila ditanya menjawab bahawa beliau tidak berharap utk keluar daribneraka. Maka kekal dia di dalam neraka sehingga dia berdoa, Ya Allah aku adalah hambaMu yg paling celaka, keluarkanlah aku dari nerakaMu. Ditanya Allah, "adakah kamu akan meminta yang lain lagi dariKu?". Maka dikeluarkan. Tetapi wajahnya masih berarah ke arah neraka. Dia seterusnya memohon lagi kepada Allah agar dipalingkan wajahnya ke arah syurga. Maka Allah memalingkan wajahnya ke syurga. Setelah beribu tahun lamanya dia berdoa lagi agar Allah dekatkannya kepada syurga maka Allah tunaikan.
Nabi Musa bertanya bagaimana syurga yang paling hebat. Allah menjawab bahawa ianya adalah yang paling hebat yang tidak pernah terlintas oleh sebarang manusia.
Sifat orang yang bertaqwa:
1. Org yang sanggup infaq harta bendanya diketika senang dan ketika susah.
Lalu ditanya kepada Rasulallah, "Orang kaya beroleh kelebihan dengan kemampuan bersedeqah tapi kami tiada kemampuan?". Maka Nabi SAW meminta sahabat tadi balik dan berwirid tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33X selepas setiap kali solat. Apabila dilihat oleh orang kaya perbuatan orang miskin itu maka mereka pun turut sama melaksanakannya. Maka ditanya lagi orang miskin maka kelebihannya adalah pada orang kaya bilamana mereka juga akan mendapat pahala dari perbuatan tersebut.
Orang yang berinfaq ini akan diangkat oleh Allah sebelum masuk syurga. Iaitu orang yang mendapat naungan Allah pada hari pembalasan nanti. Diangkat untuk menduduki Arasy Allah.
2. Orang yg boleh menahan marah.
Nabi menjelaskan sifat org yg tahan marah. Sesiapa yg menahan marah sungguhpun dia mampu bertindak maka Allah akan panggil dia di depan khalayak ramai utk diberi pilihan bagi memilih bidadari yg dikehendakinya.
3. Suka memberi maaf kepada manusia.
Ketika berkuliah dgn para sahabat nabi bersabda bahawa akan tiba seorang ahli syurga. Maka datanglah seorang pemuda. Hari berijutnya nabi pun menyebut lagi bahawa akan dtg seorang ahli syurga. Dtglah pemuda yg sama. Selepas kali ketiga, seorang sahabat ingin mngetahui amalan yg dilakukan oleh pemuda ini lalu meminta izin utk tidur di rumah pemuda tersebut. Setelah 3 malam berturut2 pemuda tersebut tidak menunjukkan sebarang lebihan ibadat. Sahabat mendapati tiada amalan istimewa. Bila ditanya, pemuda tersebut menjawab tiada ammlan istimewa yang dilakukannya kecuali memaafkan org yg menyakitinya dan mendokan mereka.
4. Orang yang suka berbuat kebajikan.
Berbuat baik dengan orang lain. Ziarah dan sebagainnya.
Inilah bukti Allah menginginkan hubungan baik sesama manusia.
5. Orang yang apabila melakukan kesalahan mereka beristighfar mohon Allah ampunkan dosa2 kita.
Orang2 yang melakukan kejahatan dan kemudian memohon keampunan dari Allah dengan beristighfar.
Wallahua'lam

Comments
Post a Comment